minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Kenyataan Media FAC

DR RAHIM MENYERU MASYARAKAT DUNIA BERTINDAK

ANWAR IBRAHIM BERHAK MENDAPATKAN RAWATAN SEWAJARNYA

Kempen Pembebasan Antarabangsa  ke Atas Anwar (FAC) ingin memberikan sedikit kejutan peringatan kepada masyarakat Antarabangsa betapa keadaan bekas Timbalan Perdana Menteri Malasysia , Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi masaalah kesihatan yang amat teruk . Mengikut beberapa panel doktor, Anwar menghadapi kesakitan “tergelincir tulang pinggul dan rusuk ditempat 4 dan 5 tulang belakangnya” dan sedang menghadapi kesakitan yang amat sangat.

Anwar percaya bahawa kesakitannya adalah berpunca dari pukulan yang membawa maut yang dilakukan dimalam beliau ditahan pada 20 September 1998. Di malam tersebut, Ketua Polis Negara telah memukul beliau semntara mata dan tangannya diikat. Kesannya beliau  tidak sedarkan diri dan dibiarkan dilantai cemen lokap.

Anwar yang menghadapi hukuman penjara selama 15 tahun, telah tidak dibenarkan mendapatkan rawatan selama seminggu.Bagaimana pun beliau dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada 25 November 2000, selepas beliau mengadu menghadapi kesakitan yang bertambah buruk. Sebagai pesakit beliau diberikan rawatan perubatan, psiotrapi, traksi tenaga,dan diletakkan diatas tilam keras. Walaubagaimana pun ianya tidak memberikan sebarang tanda-tanda pemulihan kesihatannya.

Para panel perubatan telah melakukan pemeriksaan keatasnya  pada 6 Disember 2000 dan mereka merasakan bahawa pembedahan adalah salah satu dari  jalan terbaik. Sementara kami(FAC)  dari jauh membantah  kerana kemampuan doktor Malaysia, dan kami percaya bahawa “betapa istimewanya Anwar” yang menjadi tahanan politik , tambahan pula merupakan musuh Mahathir yang utama, berkemungkinan doktor akan diganggu-gugat dengan tugas-tugas  mereka. Kami (FAC) , tidak  akan dapat menerima semua halangan dan ancaman  ini yang berkemungkinan ditujukan keatas nyawa  Anwar, akan mengambil tempat  selepas ini.

Sebagai seorang pesakit, adalah tidak salah memberikan pilihan keaatas beliau untuk mengetahui segala  maklumat mengenai rawatan kesakitan dan kesihatan beliau.Sementara pembedahan berkemungkinan akan membawa kepada risiko yang amat tinggi yang memungkinkan terjadinya  lumpuh . Anwar harus diberi jaminan dan peluang , dimanakah beliau akan melakukan proses rawatan  dan pembedahan keatasnya dilakukan.

Dengan rayuan ini , kami (FAC) berharap masyarakat Antarabangsa harus memberikan tekanan keatas regim Mahathir Mohammad untuk membenarkan beliau (Anwar) melakukan  dan mendapatkan rawatan perubatan diluar negara.

Kerajaan Mahathir juga seharusnya membenarkan dengan lebih kerap lagi kebenaran lawatan dari keluarga beliau sebagai  pesakit. Malangnya, pihak berkuasa penjara menghalang keluarga beliau dari melawatnya.

FAC menyeru masyarakat Antarabangsa agar melakukan desakan keatas kerajaan Malaysia, untuk memastikan  agar Anwar sihat dan selamat, sebagaimana harapan agar beliau dibebaskan dari  penjara.  

Terjemahan Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter